Contentum
Dalam hidup ni, kita tidak boleh dapat semua benda yang kita mahu. Kalau boleh pun, yang pasti tak mungkin kita akan dapat semua serentak. Dalam hidup ini kita mesti ada kos lepas. Kalau tak, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tahu tak apa tu kos lepas? Siapa yang ada belajar ekonomi asas atau perdagangan dulu pasti tahu. Kos lepas ni senang cakap, saya bagi contoh mudah dulu la ya; kau ada RM1000, kau nak basikal dan kau nak telefon baru yang canggih. Kau tau yang duit tu macam tak cukup ja untuk beli dua2, jadi kau mesti ada kos lepas; pilih satu sahaja dan lepaskan keinginan yang satu lagi. Kalau kau nak dua2 juga, pun boleh juga. Tapi kau terpaksalah beli basikal dan telefon yang lebih murah supaya dapat dua-dua benda tu dengan wang RM1000 yang kau ada. Tapi tu lah, kualiti untuk kedua2 basikal dan telefon yang kau beli tu, terjejas sebab kau terpaksa beli yang murah sebab kau nak juga dua2. Hujung2 nanti kau tak berpuas hati pun dengan dua2 benda tu walaupun sebenarnya itu yang kau dah lama nak. Jadi di situ pentingnya kos lepas dalam hidup. Macam juga kalau nak cari bini, kau nak yang cantik meletups dan 'high maintenance' atau yang biasa2 ja tapi tak bocorkan poket kau? Ke kau nak yang dahlah hodoh, mengikis, gedik mengada2 pula tu? Kalau kau nak yang tu itu kos bodoh namanya. HAHAHAHA 😂 hmm lain macam cara saya tulis kali ni, saya pun tak tau kenapa, tiber.😂 #thoughts#random#life#finance @quietworld🍃