Contentum
Dulu pernah terfikir alangkah indahnya kalau saya kaya. Tapi semakin dewasa rasa takut juga kalau jadi kaya, takut susah rasa puas & semakin susah untuk bersyukur. Kalau kaya, takut hilang harta, takut jatuh miskin. Kalau kaya, takut orang sekeliling cuma ambil kesempatan, tiada yg ikhlas, kurang percaya dengan sesiapa. Kalau kaya dengan cara senang, semua sudah boleh dapat, rasa puas hati mungkin kurang. Kalau kaya dengan cara susah, takut semakin sayangkan harta, rasa makin berat memberi dan cuma mahu menyimpan, menyimpan dan menyimpan. Tapi melihat diri sederhana, cukup untuk memenuhi keperluan & perlu berusaha jika kehendak lebih, rasa lebih bersyukur sebab berjaya puaskan diri dengan usaha/cabaran. Saya bersyukur. Terima kasih Tuhan. #random#life#advice