TGINSIGHT POST
Post #12862
@mofamalaysia
Wisma Putra ๐ฒ๐พ๐ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
Berkesempatan menyantuni komuniti India bersama PM Modi petang tadi. Pertemuan ini mengingatkan kita bahawa hubungan Malaysia dan India bukan sekadar terjalin melalui dasar dan perjanjian rasmi, sebaliknya berakar kukuh dalam sejarah, budaya serta persahabatan yang telah dibina sejak berabad lamanya. Komuniti India merupakan sebahagian penting daripada pembinaan negara ini, dengan sumbangan yang melangkaui pelbagai bidang serta menjadi tunjang kepada keharmonian dan kemajuan masyarakat majmuk Malaysia. Persahabatan dua hala ini terus diperkukuh melalui kerjasama yang semakin bermakna dalam bidang ekonomi, digital, teknologi serta pertukaran rakyat, sejajar dengan aspirasi pembangunan masa hadapan kedua-dua negara. Dalam dunia yang semakin sarat dengan ketidaktentuan dan cabaran global, Malaysia dan India wajar terus menjadi suara yang mengutamakan dialog, kerjasama dan nilai kemanusiaan. Hakikatnya, persahabatan antara negara dinilai bukan pada kata-kata, tetapi pada sejauh mana kerjasama tersebut membawa manfaat yang nyata kepada kehidupan rakyat. ๐ฒ๐พ๐ค๐ฎ๐ณ #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #DiplomasiMADANI