TGINSIGHT POST
Post #12893
@mofamalaysia
Wisma Putra ๐ฒ๐พ๐ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
Hadir ke perhimpunan bulanan Kementerian Perpaduan pagi ini lantas menyampaikan beberapa mesej dan amanat penting terkait keharmonian serta perpaduan negara. Saya ingatkan, betapa pun simpang siur, gelagat politik dan lain-lain, yang kadang-kadang mengheret kita dalam kancah perseteruan di antara satu sama lain, tapi umumnya, Alhamdulillah majoriti rakyat menerima kenyataan bahawa negara harus tegak atas landasan yang betul, memupuk persefahaman dan perpaduan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan Malaysia kekal sebagai negara yang aman, bersatu dan dihormati demi masa depan yang lebih makmur dan bermakna untuk generasi mendatang. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI