TGINSIGHT POST
Post #12931
@mofamalaysia
Wisma Putra π²πΎπ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
Hari ini saya menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgar D. Kagan, yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau dan kembali ke Washington dalam masa terdekat. Pertemuan ini turut menjadi ruang menzahirkan penghargaan atas sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan strategik MalaysiaβAmerika Syarikat, khususnya dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, digital, teknologi serta kerjasama keselamatan. Hubungan erat antara kedua-dua negara kekal penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memperluas peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja