TGINSIGHT POST
Post #13011
@mofamalaysia
Wisma Putra π²πΎπ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
Malam ini saya meraikan sahabat yang juga rakan sejawat dari Singapura, Lawrence Wong di Seri Negara sempena lawatan khas ke Malaysia. Pertemuan hari ini cukup bermakna tatkala ia berlangsung di sebuah rumah agam berusia lebih seabad, saksi kepada pelbagai detik penting sejarah, termasuk pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 serta Perjanjian Kemerdekaan pada 1957. Saya dan PM Lawrence meneruskan coretan sejarah ini dalam pertemuan selama hampir tiga jam. Kami sempat meninjau serta mendengar penerangan mengenai sejarah dan usaha pemuliharaan Seri Negara menerusi inisiatif Warisan Kuala Lumpur. Kami kemudiannya berbuka puasa bersama, sebelum meneruskan pertemuan empat mata sewaktu makan malam, membicarakan usaha mempererat persahabatan Malaysia-Singapura serta memperkukuh kerjasama dalam menyelesaikan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara sahabat. Saya amat menghargai kunjungan PM Lawrence yang menjadi manifestasi persahabatan kedua-dua negara, di samping memperteguh hubungan peribadi antara kami. Semoga pertemuan ini serta keberkatan Ramadan terus menyuburkan persefahaman dan kemakmuran berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Singapura. π²πΎπ«ΆπΈπ¬ #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #DiplomasiMADANI