TGINSIGHT POST
Post #13205
@mofamalaysia
Wisma Putra ๐ฒ๐พ๐ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
Sewaktu majlis berbuka puasa bersama para pemimpin masyarakat tempatan, saya mengingatkan hadirin agar tidak lalai dalam memanfaatkan keberkatan Ramadan yang mulia ini dengan memperkukuh pengembaraan kerohanian dan mempertingkatkan amal ibadah. Apa jua perjuangan kita di dunia, sama ada dalam politik, pekerjaan mahupun kerjaya, matlamat akhirnya tetap satu, iaitu mencapai maksud firman Allah SWT, โLaโallakum tattaqunโ, yakni agar kita menjadi insan yang bertakwa kepada-Nya. Ramadan juga menuntut kita menginsafi denyut nadi kehidupan rakyat, khususnya mereka yang kurang bernasib baik hatta menuntut keprihatinan, empati dan kesungguhan membela nasib golongan memerlukan hendaklah diterjemahkan bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi melalui tindakan yang nyata dan berterusan. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja