TGINSIGHT POST
Post #13300
@mofamalaysia
Wisma Putra π²πΎπ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
πππ Saya turut berhubung dengan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund malam tadi bagi membincangkan ketegangan yang semakin memuncak antara Afghanistan dan Pakistan ketika ini. Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu menahan diri serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Tindakan ketenteraan yang telah meragut ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak mesti dihentikan segera. Malaysia menggesa agar ketegangan ini ditangani melalui dialog dan saluran diplomatik bagi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat serta menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau. ===== Spoke with the Acting Prime Minister of Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund, to discuss the escalating tensions between Afghanistan and Pakistan. I emphasised that both countries must exercise restraint and avoid any actions that could further aggravate the situation. The military actions that have already claimed hundreds of lives on both sides must cease immediately. Malaysia urges that these tensions be addressed through dialogue and diplomatic channels to prevent a prolonged conflict that would only bring further suffering to the people and undermine peace and stability in the region. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja