TGINSIGHT POST
Post #13516
@mofamalaysia
Wisma Putra π²πΎπ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi pada lewat petang tadi. Saya hargai ucapan beliau kepada keluarga dan rakyat Malaysia bersempena sambutan Eidulfitri Mubarak yang bakal tiba. Perbincangan kami bertumpu pada perkembangan mutakhir di Asia Barat yang kian memburuk, apatah lagi di bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan damai dan ketenangan. Saya berkongsi pendirian tegas dan konsisten Malaysia dalam mengutuk pengeboman dan pembantaian oleh Israel terhadap Iran yang didukung Amerika Syarikat. Kami sepakat untuk menyeru kepada penghentian segera pertempuran serta menggembleng usaha untuk menjunjung suara damai, diplomasi dan dialog yang sihat. Kami turut sepakat bahawa Malaysia dan India mesti berganding bahu memperkukuh suara kolektif di semua pentas antarabangsa, termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan BRICS. Walhasil, kerjasama padu ini menjadi semakin mendesak tatkala dunia dirundung suasana ekonomi global yang kelam, termasuk memberi kesan kepada aspek keterjaminan makanan. Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh iltizam bersama demi keamanan sejagat. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI