TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #31348

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Views58,800Post view count
PostedJan 2701/27/2026, 01:45 PM
Post content

Post content

VIRUS NIPAH: KKM SIAPSIAGA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN Saya mengambil maklum laporan mengenai penularan jangkitan virus Nipah di India. Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang memantau situasi secara proaktif dan berhubung terus dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentusahkan data epidemiologi terkini. Ingin saya tegaskan, keselamatan rakyat dan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Justeru, KKM telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan di semua pintu masuk antarabangsa negara. Para 'gatekeepers' kita kini berada dalam mod berjaga-jaga (high alert): ✅ Pemantauan tahap kesihatan yang ketat terhadap pengembara. ✅ Protokol tindakan pantas (ready-to-act) bagi individu bergejala. ✅ Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) bersedia sepenuhnya untuk diaktifkan. Melalui pendekatan 'One Health', kita memantau rantaian antara manusia, haiwan, dan alam sekitar sebagai perisai pertahanan awal negara yang bersifat pencegahan (preventive). Saya ingin meredakan kegusaran awam. Setiap langkah yang diambil KKM adalah berpandukan sains dan penilaian risiko (evidence-based), bukan khabar angin. Yakinlah bahawa sistem kesihatan awam kita adalah teguh (robust), teruji, dan bersedia melindungi anda. Dapatkan info sahih, elak sebar berita palsu! #KKMPrihatin#MalaysiaSihat#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja