TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini485,800Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 1 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 21 hari lalu

KENYATAAN MEDIA JABATAN KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN Berkaitan Wabak Disyaki Leptospirosis (Kencing Tikus) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Terima kasih.

23,800 views

Diterbitkan 22 hari lalu

Hantavirus : Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Kesiapsiagaan Negara Saksikan di Selamat Pagi Malaysia, TV1 esok 14 Mei 2025, pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Rosvinder Singh, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. #MalaysiaSihat

27,700 views

Diterbitkan 23 hari lalu

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀. Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2026 dan berterusan sehingga September 2026. Permulaan monsun ini menandakan berakhirnya fasa peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac 2026. Orang ramai juga disarankan agar sentiasa merujuk maklumat ramalan cuaca serta amaran terkini melalui saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, teratur dan lancar. #metmalaysia #MonsunBaratDaya #NRES #MalaysiaMADANI

27,300 views

Diterbitkan 25 hari lalu

Hantavirus merupakan sejenis virus zoonotik yang lazimnya disebarkan melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti, terutamanya melalui partikel tercemar di udara. Kebanyakan jangkitan berlaku secara sporadik dan berkait dengan persekitaran yang mempunyai infestasi tikus. Penularan daripada manusia kepada manusia adalah amat jarang berlaku dan hanya dikaitkan dengan strain tertentu seperti Andes virus di Amerika Selatan. KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini, TIADA kes hantavirus dilaporkan di Malaysia. Risiko kepada orang awam di Malaysia pada masa ini adalah rendah. KKM akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Ikuti langkah-langkah pencegahan seperti dikongsikan. #KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MADANIBekerja#RancakkanMADANI

32,700 views

Diterbitkan 27 hari lalu

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Pemantauan Risiko Jangkitan Hantavirus Dan Langkah Kesiapsiagaan Malaysia

29,200 views

Diterbitkan 27 hari lalu

30,300 views

Diterbitkan 27 hari lalu

Dari Page Dr Dzulkefly Ahmad: Mutakhir ini, saya menyedari kebimbangan masyarakat susulan laporan berita di peringkat global mengenai penularan jangkitan Hantavirus. Walaupun situasi di Malaysia setakat ini adalah terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau rapi perkembangan ini dan mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi. Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut. Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus. Memandangkan tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan ini buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Selari dengan iltizam KKM untuk menganjak paradigma sistem kesihatan kepada fokus pencegahan, saya menggesa seluruh rakyat agar mengambil peduli tentang kebersihan persekitaran dan memastikan kediaman serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak. Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada. Saya mohon saudara-saudari untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini sebagai panduan lengkap mengenai gejala, cara penularan, dan tatacara pembersihan kotoran haiwan yang selamat. Kesihatan awam bermula dari rumah, marilah kita bersama-sama lindungi keluarga dan komuniti kita. #KKMPrihatin#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja#YakinMADANI

31,800 views

Diterbitkan 27 hari lalu

Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (7 Mei 2026) : Situasi Kes Rabies Dalam Kalangan Manusia Di Sarawak

28,100 views

Diterbitkan 3 Mei

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Nasihat Penjagaan Kesihatan Semasa Cuaca Panas

50,800 views

Diterbitkan 29 Apr

Walaupun taburan hujan di kawasan Lembah Klang kini tinggi, namun masih ada kawasan terutama di Zon Utara, Sabah dan Sarawak masih mengalami cuaca panas. Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Kenali gejala kelesuan haba sebelum ia melarat jadi strok haba. Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat! Lindungi diri dan keluarga. #MalaysiaSihat

57,800 views

Diterbitkan 31 Mac

Cuaca Panas : Apa Anda Perlu Tahu? Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Panel : Dr. Megat Muhammad Haris bin Megat Zainal Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Muhibbah 🎯 Mata kredit CPD turut disediakan! #MalaysiaSihat

74,700 views

Diterbitkan 27 Mac

Terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya tiga (3) hari berturut-turut) melibatkan kawasan di Kedah (Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Daerah Utara, dan Timur Laut), Perak (Hulu Perak, Selama, Kuala Kangsar, dan Kinta), Pahang (Jerantut dan Raub) dan Perlis. Manakala, tiga kawasan di Kedah (Pokok Sena, Pendang dan Baling) dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (suhu maksimun harian melebihi 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut). Masyarakat perlu cakna dengan penyakit berkaitan cuaca panas. Ambil langkah melindungi diri dari kesan cuaca panas. #KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MalaysiaMadani#MADANIBekerja

71,600 views
123•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 1 daripada 84Seterusnya