TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← GZ学习频道

TGINSIGHT SIMILAR POSTS

Find similar content

Source channel @olddriverGDstudy · Post #49 · Mar 24

江湖舔狗传 江湖者,江湖也! 各兄弟五湖四海汇聚一堂,为的是个情字,讲的是个义字,说的是个道理。 江湖上无数前辈好汉,忍饥挨饿,夜以继日,通宵达旦,上下求索,陷过无数的坑,踏破无数双鞋换得了有限的几个极品资源,未曾敢占为己有,而是毫无保留,无私公布奉献。 这一切为什么?为的是天下草根、屌丝们,不受仙人跳之苦,不遭各种骗费之难,不枉花了辛苦搬砖的银两盘缠,这是多么高尚的精神,多么高贵的品质啊! 江湖就是江湖,林子大了什么鸟儿都有,舔狗们也像病毒般出没,为害人间。这些禽兽毫无尊严、毫无底线,从溜须拍马、到阿谀奉承,从冷屁股到甜盘子全方位无死角。 舔狗,做着劝婊子从良的梦,抱着救风尘女子出火坑的“崇高”的性幻想,岂不知自己已是婊子口中的笑话! 江湖有江湖的规矩,江湖有江湖的原则,江湖有江湖的风貌,江湖有江湖的脾气。 我知舔狗是死不光的,这一车死光了,下一车还在路上。 但舔狗永远不过是个道具而已,又何必自作多情。 舔狗,你听,电话声已响起,你的钟到了!闭上臭嘴,滚出去把门关上! 作者:41秒哥 标签:#语录

Hashtags

Results

13 similar posts found

Search: #multilateralaffairs

当前筛选 #multilateralaffairs清除筛选

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala, telah menerima kunjungan hormat daripada Hakim Jin-Hyun Paik, calon Korea Selatan bagi jawatan Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi penggal 2027-2036 pada 27 April 2026. ° Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan sistem perundangan antarabangsa, termasuk usaha memperkukuh keberkesanan undang-undang antarabangsa dalam menangani cabaran global dan meningkatkan peranan institusi kehakiman antarabangsa dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, mempromosikan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta pembangunan mampan. 🇲🇾🌐⚖️🇰🇷 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI#TaatSetia https://www.instagram.com/p/DXohJFgk-d4/?igsh=MWgycG11cTBucW1nNg==

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Pada 9 April 2026, Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala telah mengetuai delegasi Wisma Putra dalam satu lawatan sambil belajar yang produktif ke Hab Logistik Serantau Asia Pasifik, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Pelabuhan Klang. ° Delegasi tersebut disambut oleh Puan Juja Kim, Timbalan Pengarah Serantau IFRC Asia Pasifik dan Encik Rishi Ramrakha, Ketua Perkhidmatan Kemanusiaan Global & Pengurusan Rantaian Bekalan IFRC Asia Pasifik. 🌺 Dato’ Syed Mohamad Hasrin mengucapkan tahniah kepada IFRC Malaysia atas ulang tahun ke-20 hab logistik tersebut, yang ditubuhkan pada tahun 2006. Beliau turut menghargai peranan penting IFRC dalam kesiapsiagaan dan tindak balas bencana serta menegaskan sokongan berterusan Malaysia terhadap usaha kemanusiaan IFRC. 🇲🇾🌐| Lawatan ke Hab Logistik Serantau Asia Pasifik IFRC #WismaPutra#HalEhwalPelbagaiHala#MultilateralAffairs#TaatSetia#MalaysiaMADANI https://www.instagram.com/p/DW-hHo0kyqi/?igsh=ZnY0NXR5aWVobnVp

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Sesi Townhall pertama bersama Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala, dengan warga Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala, Wisma Putra telah berlangsung pada 8 April 2026. ° Sesi ini menjadi platform penting untuk berkongsi hala tuju serta keutamaan dalam memperkukuh peranan Malaysia di peringkat pelbagai hala. 🌺 Dalam sesi tersebut, beliau turut menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan profesionalisme dan integriti serta komunikasi yang berkesan dalam memastikan penyampaian tugas yang lebih cemerlang dalam mendepani cabaran semasa, bagi memperkasa dasar luar Malaysia dan memastikan kepentingan negara terus terpelihara. 🇲🇾🌐 #WismaPutra#HalEhwalPelbagaiHala#MultilateralAffairs#TaatSetia#MalaysiaMADANI https://www.instagram.com/p/DW-gbSSk3HV/?igsh=eW54ZDl3emE2OGpz

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° TYT Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Thailand telah mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-82 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP82) yang berlangsung dari 20 hingga 24 April 2026 di Bangkok, Thailand. 🌺 Semasa sesi tersebut, TYT Duta Besar telah menyampaikan kenyataan negara di bawah tema “Leaving no one behind: advancing a society for all ages in Asia and the Pacific,” yang menegaskan komitmen Malaysia terhadap pembentukan masyarakat yang lebih inklusif, saksama dan berdaya tahan, memperkasa semua generasi, memperkukuh sistem perlindungan sosial dan menggalakkan pembangunan mampan di seluruh rantau ini. 🇲🇾🤝🇺🇳 | UNESCAP82 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MultilateralAffairs#UNESCAP82 #DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DXdtVS5kwMA/?igsh=MWFjMXUwa2k4Zno0MQ==

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, TKSU Khidmat Pengurusan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) Ke-72 yang berlangsung di Marlborough House, London, United Kingdom. ° CMAG bertindak menangani sebarang pelanggaran serius terhadap nilai-nilai Komanwel seperti demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Piagam Komanwel. Keanggotaan semasa CMAG terdiri daripada Antigua dan Barbuda, Botswana, Kanada, Grenada, Malaysia, Malta, Mauritius, Samoa dan Zambia. 🌺 Malaysia telah mengganggotai CMAG selama tiga penggal berturut-turut sejak tahun 2018. 🇲🇾🌐 | Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) Ke-72 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MalaysiaCMAG#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DVpbC-FE1Qi/?igsh=MTMzeWlvMXNhcmhydg==

[⏭️ English caption@comment section] ✋Apa Khabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri menerima kunjungan hormat daripada TYT Kairat Sarybay, Setiausaha Agung Conference on Interaction and Confidence Building Measures in Asia (CICA) pada 22 Januari 2026. • Pertemuan ini memberi peluang kepada Setiausaha Agung CICA untuk berkongsi maklumat terkini tentang transformasi berterusan CICA menjadi sebuah organisasi antarabangsa serta aktiviti dan program-program utama CICA. 🌺 Timbalan Menteri Luar Negeri dan Setiausaha Agung CICA juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu pelbagai hala yang berkepentingan bersama. 🇲🇾🤝🌐 | CICA #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MalaysiaCICA#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DT1exZ3k_Tb/?igsh=Ym1xbnJjNzNscmx5

[⏭️ English caption@comment section] ✋Apa Khabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Datin Paduka Anizan Siti Hajar Adnin, TKSU Khidmat Pengurusan telah menerima kunjungan hormat Encik Jürg Montani, Ketua Delegasi International Committee of the Red Cross (ICRC) pada 22 Januari 2026. • Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berbincang mengenai usaha untuk mengeratkan kerjasama bagi melaksanakan program-program yang menyokong usaha berterusan Malaysia dalam meningkatkan pematuhan terhadap obligasi Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL). 🌺 Kedua-dua pihak akan terus memperkukuh komitmen untuk mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai IHL. 🇲🇾🤝🌐⛑️ #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MalaysiaICRC#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DT1d0NREyYU/?igsh=MWVxYW1wY2ZramVxdA==

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Datin Paduka Anizan Siti Hajar Adnin, TKSU Khidmat Pengurusan telah menerima kunjungan hormat PYT Daniella Ortega De Paiva Menezes, Duta Besar Brazil pada 12 Januari 2025. 🌺 Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan berhubung pelbagai isu global yang berkepentingan bersama termasuk kerjasama dalam bidang pembanterasan jenayah siber dan jenayah terhadap alam sekitar. 🇲🇾🤝🇧🇷 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MalaysiaBrazil#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI TaatSetia MalaysiaMADANI https://www.instagram.com/p/DTadAHDE1bA/?igsh=aHM2ZW1pbzBzNWxl

[⏭️ English caption@comment section] ✋ApaKhabar! RakanWisma🇲🇾🌐 • Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah mengadakan pertemuan dengan Ambassador Sohail Mahmood, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi D-8, di Istanbul pada 9 Januari 2026. 🌺 Pertemuan tersebut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai penglibatan Malaysia dalam inisiatif berkaitan D-8, serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. 🇲🇾🤝D-8️⃣ #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MalaysiaD8#MultilateralAffairs#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DTSOL-Fk4aQ/?igsh=cmtxYXUweHlwdzlm

[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Pegawai Yang Menjalankan Tugas (PYMT) TKSU Hal Ehwal Pelbagai Hala, telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Iori Kato, Pengarah Serantau bagi Asia dan Pasifik, International Organization for Migration (IOM), pada 22 April 2026. Encik Kato turut diiringi oleh Puan Heba Abdellatif, Ketua Misi IOM Malaysia. 🌺 Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan migrasi antarabangsa. Malaysia merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama berterusan IOM, serta berharap agar IOM mempercepatkan penempatan semula pelarian dari Malaysia ke negara ketiga. 🇲🇾🤝🌐 - [IOM] #WismaPutra#HalEhwalPelbagaiHala#MultilateralAffairs#MalaysiaIOM#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DXda3RqE35p/?igsh=MWlpcHE1ZnFkcTJzeA==

[⏭️ English caption@comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri telah mengumumkan pencalonan Malaysia ke Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi penggal 2030 hingga 2032. 🌺 Beliau turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh dan memajukan kemajuan hak asasi manusia berteraskan prinsip kesejagatan dan dialog konstruktif, melalui ucapan secara rakaman video sempena Segmen Peringkat Tinggi sesi ke-61 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 23 Februari 2026. 🇲🇾🌐 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MultilateralAffairs#MHAM#HRC https://www.instagram.com/p/DVH-FufEwAN/?igsh=ZWNieGFoNTh5YW1i

[⏭️ English caption@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah menyampaikan Kenyataan Negara di Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata yang sedang berlangsung dari 23 hingga 27 Februari 2026 di Geneva, Switzerland. ° Dalam siaran video kenyataannya, beliau menekankan keperluan untuk Persidangan tersebut memenuhi mandat dalam mencapai matlamat pelucutan senjata secara umum dan menyeluruh serta menegaskan peranan Persidangan tersebut sebagai satu-satunya forum rundingan pelucutan senjata pelbagai hala. 🌺 Beliau juga menegaskan komitmen teguh Malaysia terhadap Persidangan tersebut melalui penglibatan konstruktif dengan semua Negara Anggota bagi mencapai pelucutan senjata secara umum dan menyeluruh, berpandukan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, undang-undang antarabangsa dan teras multilateralisme. 🇲🇾🌐 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MultilateralAffairs#PelucutanSenjata#Disarmament https://www.instagram.com/p/DVN4uYOE-hV/?igsh=eTNlcGEwaDYzY2N2

12
PreviousPage 1 of 2Next