TGTGInsightintelligentia telegramLIVE / telegram public index
← Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

TGINSIGHT SIMILAR POSTS

Quaere similia

Canalis oriundus @mofamalaysia · Post #13587 · Mar 31

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global yang kian meruncing serta implikasinya terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Hakikatnya, dunia sedang memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu, dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya. Justeru, kita tidak boleh alpa atau terlalu selesa. Kita mesti bersiap siaga dengan disiplin, kecekalan dan semangat kebersamaan yang tinggi. Dalam mengakui cabaran ini, saya ingin menegaskan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan. Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap langkah yang diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan. Dalam masa sama, saya mengajak seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik. Utamakan barangan tempatan dan sokonglah usahawan kita, kerana kekuatan dalaman merupakan benteng utama dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Insya-Allah, setiap keputusan akan terus berpaksikan tanggungjawab dan kepentingan rakyat. Kerajaan akan berikhtiar memastikan kestabilan bekalan tenaga terpelihara, ekonomi terus berfungsi dengan baik, serta kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Inventa

239 similia inventa

Inquisitio universalis

Merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M di Kuala Terengganu sebagai medan memperkukuh roh, akal dan jati diri umat berteraskan al-Quran. Majlis yang saban tahun diadakan ini bukan sekadar medan memperdengar ayat suci Al-Quran, namun lebih besar dari itu, memaknai usaha melahirkan Generasi Al-Quran yang unik (جيل القرءان الفريد) dalam menghadapi tantangan zaman. Saya tegaskan, kekuatan umat Islam tidak hanya terletak pada bacaan dan hafazan, tetapi pada penghayatan yang membentuk akhlak, memandu kepimpinan serta menterjemah nilai al-Quran dalam kehidupan dan pembangunan negara. Dalam dunia yang semakin mencabar, termasuk konflik berpanjangan di Asia Barat, umat tidak boleh terus lemah dan terpinggir. Kita mesti bangkit dengan kekuatan ilmu, penguasaan teknologi dan kesedaran yang tinggi, berlandaskan kefahaman Islam yang sebenar. Kerajaan MADANI akan terus memperkasa sistem pendidikan agar melahirkan generasi huffaz profesional, bukan sahaja menghafaz tetapi menguasai sains, teknologi dan kecerdasan buatan tanpa terpisah daripada akar akidah, akhlak dan nilai. Inilah pendekatan menggapai di langit, mengakar di bumi yang kita tekankan yakni menguasai ilmu baharu dan teknologi, namun tetap berpaksikan akidah, akhlak dan nilai. Ini adalah perjuangan berterusan untuk mengangkat martabat umat dan memaknai Islam sebagai kekuatan pembebasan, kemajuan dan keadilan. Insya-Allah, dengan ikhtiar dan istiqamah, kita akan melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berjiwa besar demi masa depan Malaysia MADANI. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global yang kian meruncing serta implikasinya terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Hakikatnya, dunia sedang memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu, dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya. Justeru, kita tidak boleh alpa atau terlalu selesa. Kita mesti bersiap siaga dengan disiplin, kecekalan dan semangat kebersamaan yang tinggi. Dalam mengakui cabaran ini, saya ingin menegaskan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan. Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap langkah yang diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan. Dalam masa sama, saya mengajak seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik. Utamakan barangan tempatan dan sokonglah usahawan kita, kerana kekuatan dalaman merupakan benteng utama dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Insya-Allah, setiap keputusan akan terus berpaksikan tanggungjawab dan kepentingan rakyat. Kerajaan akan berikhtiar memastikan kestabilan bekalan tenaga terpelihara, ekonomi terus berfungsi dengan baik, serta kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Mengakhiri kunjungan singkat ke Republik Indonesia. Dalam mendepani ketidaktentuan global saat ini, kesepakatan Malaysia dan Indonesia menjadi semakin penting, dengan kedua-dua negara sepakat untuk terus berganding bahu, memperkukuh kerjasama strategik serta memperhebat ikhtiar diplomasi demi memastikan kestabilan serantau dan kesejahteraan rakyat. Semoga silaturahmi antara dua negara serumpun ini terus diperteguh ke tahap yang lebih utuh dan wibawa, Insya-Allah. 🇲🇾🤝🇮🇩 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Pertemuan penuh makna bersama Presiden Prabowo hari ini membuka ruang konstruktif dalam mencari titik persamaan mendepani konflik Asia Barat yang kini menekan keselamatan tenaga serta kestabilan ekonomi dunia. Dalam ketidaktentuan global yang kian meruncing, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau yang berprinsip bagi memelihara keamanan, menjamin kestabilan serta memperkukuh daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Kami sepakat untuk mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik, melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan. Pada masa sama, kelangsungan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik termasuk Selat Hormuz mesti dipastikan tidak terjejas. Saya turut maklumkan terkait interaksi dengan rakan-rakan pimpinan antarabangsa sebagai usaha menyatakan solidariti, menyelaras pandangan selain meneliti dampak global, khususnya dalam aspek tenaga dan keselamatan serantau. Malaysia kekal dengan pendirian tegas, menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak kembali kepada jalan damai. 🇲🇾🤝🇮🇩 Foto: Sekretariat Presiden RI #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Selamat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi mengadakan pertemuan bersama sahabat saya, Presiden Prabowo Subianto. Insya-Allah, pertemuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membincangkan perkembangan konflik Asia Barat yang kian meruncing, serta implikasinya terhadap kestabilan serantau dan ekonomi global, termasuk kesannya kepada Malaysia dan Indonesia. 🇲🇾🇮🇩 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Sebelum mengakhiri kunjungan singkat ke negeri Johor hari ini, saya telah bersama dengan warga pendidik dan anak-anak Kolej Tingkatan 6 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim di mana saya menegaskan bahawa masa depan negara hanya akan melonjak dan menjanjikan harapan yang cerah sekiranya anak-anak mudanya punyai sikap cintakan ilmu, disiplin, dan keteguhan yang tinggi terkait akhlak dan kebijaksanaan. Cendekiawan besar Islam Ismail al-Faruqi merumuskan bahawa hijrah Nabi Muhammad SAW tidak semata membentuk satu corak masyarakat tetapi melahirkan satu generasi yang unik yakni jilul quraniyul farid, iaitu generasi yang berteraskan iman, nilai dan kecintaan terhadap ilmu. Justeru, usaha kerajaan dalam mengangkat Tingkatan 6 sebagai pra-universiti dan pemerkasaan IPG menuntut kematangan baharu di bidang pendidikan negara. Dalam dunia yang digerakkan teknologi digital, kecerdasan butan dan perubahan yang serba pesat, prasarana semata tidak memadai, malah yang harus kita bangunkan adalah bakat, perisian, akhlak dan nilai kemanusiaan. Lantaran itu, cita-cita sebuah negara yang madani mesti membina ekonomi yang teguh, tetapi mesti diseimbangkan dengan usaha membentuk masyarakat berilmu, bijak dan adil, waima di kota, desa, pedalaman mahupun di estet-estet. Di kesempatan yang sama, saya telah meluluskan RM200,000 bagi keperluan IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebagai antara usaha memperkasa bidang pendidikan yang bermutu untuk semua. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #MADANIbekerja

Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya menjual minyak negara tanpa pertimbangan strategik yang teliti. Keutamaan kita adalah memenuhi keperluan rakyat. Saya beri jaminan bahawa sumber negara akan diurus dengan berhemah demi manfaat bersama serta menjamin kestabilan bekalan jangka panjang. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada seluruh masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan yang menenangkan jiwa, kesihatan berpanjangan serta keberkatan yang melimpah buat kalian. Kepelbagaian yang kita warisi ini adalah asas yang menyatukan kita dalam satu ikatan kebersamaan dengan semangat saling menghormati, saling memahami dan saling memperkukuh. Dalam semangat ini, marilah kita terus memelihara perpaduan dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab agar Malaysia kekal teguh sebagai sebuah negara yang makmur dan harmoni. ===== சித்திரைப் புத்தாண்டு, வைசாகி, விஷு புத்தாண்டைக் கொண்டாடும் அனைத்து அன்பர்களுக்கும் எனது இனிய வாழ்த்தினைத் தெரிவித்துக் கொள்கிறேன். இந்தப் புத்தாண்டு அனைவருக்கும் மன அமைதியையும், நீண்ட ஆயுளையும், நிறைவான ஆரோக்கியத்தையும், ஆசீர்வாதங்களையும் வழங்கட்டும். பன்முகத்தன்மை, பரஸ்பர மரியாதை, புரிதல், ஒருமைப்பாடு அனைத்தும் நம்மை ஒன்றிணைக்கும் வலுவான அடித்தளமாகும். இந்த உணர்வோடு, மலேசியா செழிப்பான, ஒற்றுமைமிக்க நாடாக நிலைத்திருக்க, நாம் அனைவரும் பொறுப்புணர்வுடனும் விழிப்புணர்வுடனும் செயல்பட வேண்டும் என கேட்டுக் கொள்கிறேன். #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Menerima kunjungan hormat Menteri Buruh dan Pekerjaan Bangladesh, Ariful Haque Choudhury, bersama Penasihat kepada Perdana Menteri Bangladesh, Dr Mahdi Amin di Putrajaya hari ini, bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu berkepentingan bersama. Saya ulangi ucapan tahniah kepada Tarique Rahman yang dilantik sebagai Perdana Menteri Bangladesh pada 17 Februari lalu, dan sekali lagi mengulangi jemputan agar beliau berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat. Menyentuh kerjasama buruh, Malaysia komited untuk terus melindungi kebajikan ratusan ribu pekerja Bangladesh di negara ini, khususnya dalam sektor pembinaan dan pembuatan. Pada masa sama, saya tegaskan keperluan untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja asing, serta meminta Kerajaan Bangladesh mempertimbang langkah mengurangkan kos ini demi kesejahteraan pekerja. Insya-Allah, persahabatan Malaysia-Bangladesh akan terus diperkukuh berteraskan saling percaya dan manfaat bersama. ===== Received a courtesy call from the Minister of Labour and Employment of Bangladesh, Ariful Haque Choudhury, together with the Adviser to the Prime Minister of Bangladesh, Dr Mahdi Amin, in Putrajaya today to discuss bilateral cooperation and matters of mutual interest. On labour cooperation, Malaysia remains committed to safeguarding the welfare of the hundreds of thousands of Bangladeshi workers in the country, particularly in the construction and manufacturing sectors. At the same time, I underscored the need to reduce recruitment costs for foreign workers, and urged the Government of Bangladesh to consider measures to lower these costs in the interest of workers’ wellbeing. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Our diplomacy must go beyond government; it needs to be carried forward by our institutions, industries, and people, so that its benefits are fully felt by both countries. This approach ensures that the Malaysia–Turkey relationship is not only strong but also creates broader opportunities in economy, trade, and development for the people of both nations. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Dalam menghadapi gangguan bekalan tenaga global, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mengurus pendedahan terhadap ketidaktentuan pasaran, dengan memastikan bekalan kekal mencukupi tanpa mengabaikan keperluan mengekang tekanan kos sara hidup rakyat. Seperti yang saya tekankan dalam Ucaptama di Kuala Lumpur–Ankara Dialogue 2026 hari ini, Malaysia mesti mempercepat peralihan strategik tenaga secara tegas ke arah sumber yang lebih mampan, pelbagai dan kos efektif. Peralihan ini kini melangkaui sekadar tuntutan alam sekitar dan ia menjadi keperluan strategik bagi memastikan negara kita mampu menghadapi cabaran bekalan tenaga di pentas global. Kesan gangguan ini bukan sahaja mendorong peningkatan harga tenaga, malah turut meresap ke dalam sistem pengeluaran, rantaian bekalan dan kehidupan harian rakyat, baik di negara maju mahupun membangun. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Sekitar kunjungan ke Kuala Kangsar dan Ipoh, Perak kelmarin. Sempat ketemu anak-anak pelajar, guru serta masyarakat di beberapa lokasi untuk mendengar pandangan dan keperluan setempat. Juga ke Program MADANI Rakyat yang menjadi antara ikhtiar penting dengan membawa barangan asas pada harga lebih rendah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup. Dalam ketidaktentuan akibat krisis tenaga global, keutamaan Kerajaan MADANI adalah memastikan bekalan asas kekal terjamin dan menampan tekanan kos mengikut keupayaan. Insya-Allah, kita harungi cabaran ini bersama, dengan tekad dan kesabaran. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

123•••10•••1920
PriorPag. 1 de 20Posterior