TGINSIGHT POST
Post #14153
@mofamalaysia
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
Contentum
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Pada 4 Mei 2026, Pengurusan Tertinggi serta warga kerja Kementerian Luar Negeri, yang diketuai oleh Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha, telah mengikuti Sesi Mendengar Amanat oleh Anwar Ibrahim, yang disiarkan secara lintas langsung bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). ° Dalam amanat tersebut, Perdana Menteri antara lain menegaskan bahawa hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dengan negara-negara pengeluar tenaga telah menyokong keterjaminan bekalan tenaga dan gas negara, meskipun berdepan ketidaktentuan global masa kini. ° Beliau turut menyeru penjawat awam untuk terus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh kerjasama antara agensi, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan berjalan dengan lebih berkesan dan lancar. ° Seiring dengan hasrat tersebut, Wisma Putra komited untuk terus mempergiat usaha diplomasi Malaysia di peringkat antarabangsa demi memastikan kesejahteraan negara serta kepentingan nasional sentiasa terpelihara. 🇲🇾🌺 #WismaPutra#TaatSetia #MalaysiaMADANI#DiplomasiMADANI#AmanatPerdanaMenteri2026 https://www.instagram.com/p/DX6S-8jk-kG/?igsh=bGR3YWhnbmppa3I0