TGINSIGHT CHAT
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
@mofamalaysia
Politica#ApaKhabar👋#RakanWisma🇲🇾🌐⤵️ ↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾 ↗️#MyASEAN2025#MYASEANChair2025#KeterangkumanDanKemampanan
Scripta recentia
Nota: #wismaputra · 288 scripta
Editum 28 days ago
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Dato' Ahmad Rozian Abd. Ghani, TKSU Hubungan Dua Hala telah menerima kunjungan hormat daripada Datin Paduka Azalina Adham, Pengarah Urusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 April 2026. 🌺 Kedua-dua pihak telah membincangkan usaha memperkukuh peranan SC dalam kerjasama pasaran modal, termasuk meningkatkan libat urus serta meneroka peluang pelaburan baharu. 🇲🇾🌐📈 #WismaPutra#PasaranModal#DiplomasoEkonomi#CapitalMarket#EconomicDiplomacy https://www.instagram.com/p/DX_rdAeExfE/?igsh=MWh0MHpubDA3c3d0NQ==
Editum 28 days ago
#SiaranAkhbar | #PressRelease [047/2026] SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-48 DAN MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN DI CEBU, REPUBLIK FILIPINA, 7 - 8 MEI 2026 •••••••••••••••••••••••••••••• 48TH ASEAN SUMMIT AND RELATED MEETINGS, CEBU, REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, 7 - 8 MAY 2026 #WismaPutra https://www.instagram.com/p/DX_gIE6kwfs/?igsh=MTdiaHN6anV3OGU0dQ==
Editum 29 days ago
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Ambassador Ikram bin Mohd Ibrahim, Ketua Protokol telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Jimmy Ure Ovia, Pesuruhjaya Tinggi Papua New Guinea di Wisma Putra pada 5 Mei 2026. 🌺 Mereka telah membincangkan perkara berkaitan protokol dan konsular serta persediaan berkaitan Sidang Kemuncak Lautan Melanesia (Port Moresby, Papua New Guinea, 11 – 14 Mei 2026). 🇲🇾🤝🇵🇬 #WismaPutra#HalEhwalProtokol#ProtocolAffairs#TaatSetia #MalaysiaMADANI https://www.instagram.com/p/DX-zQ4Fk0lT/?igsh=MXBmcjRvc3Q2NWQ0Mg==
Editum May 4
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Pada 4 Mei 2026, Pengurusan Tertinggi serta warga kerja Kementerian Luar Negeri, yang diketuai oleh Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha, telah mengikuti Sesi Mendengar Amanat oleh Anwar Ibrahim, yang disiarkan secara lintas langsung bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). ° Dalam amanat tersebut, Perdana Menteri antara lain menegaskan bahawa hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dengan negara-negara pengeluar tenaga telah menyokong keterjaminan bekalan tenaga dan gas negara, meskipun berdepan ketidaktentuan global masa kini. ° Beliau turut menyeru penjawat awam untuk terus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh kerjasama antara agensi, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan berjalan dengan lebih berkesan dan lancar. ° Seiring dengan hasrat tersebut, Wisma Putra komited untuk terus mempergiat usaha diplomasi Malaysia di peringkat antarabangsa demi memastikan kesejahteraan negara serta kepentingan nasional sentiasa terpelihara. 🇲🇾🌺 #WismaPutra#TaatSetia #MalaysiaMADANI#DiplomasiMADANI#AmanatPerdanaMenteri2026 https://www.instagram.com/p/DX6S-8jk-kG/?igsh=bGR3YWhnbmppa3I0
Editum May 4
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Pada 30 April 2026, Wisma Putra telah menganjurkan taklimat hibrid mengenai ekonomi digital Malaysia yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha. Taklimat tersebut disampaikan oleh Datuk Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital, dan disertai oleh Encik Gopi Ganesalingam, Naib Pengerusi Kanan, Industri dan Ekosistem, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). 🌺 Sesi ini menghimpunkan Ketua Jabatan, Ketua Perwakilan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah dan Setiausaha Bahagian bagi memperkukuh pemahaman mengenai agenda ekonomi digital negara – meliputi AI, infrastruktur digital dan pelaburan – serta peranan diplomasi ekonomi dalam memajukan kepentingan digital Malaysia di peringkat global. 🇲🇾🌐 #WismaPutra#DiplomasiEkonomi#EconomicDiplomacy#DiplomasiMADANI#TaatSetia https://www.instagram.com/p/DX5tmkrk8oR/?igsh=eTVydHhkaWJvdXB4
Editum May 4
ApaKhabar✋| DzieńDobry! RakanWisma🇲🇾🌐 🌺 Congratulations from Malaysia, Poland ! || Wisma Putra extends its heartiest congratulations to the Republic of Poland on the auspicious occasion of the Constitution Day! 🇲🇾🤝🇵🇱 #WismaPutra#HubunganDuaHala#MalaysiaPoland#BilateralRelations#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/reel/DX5oCW6Tq4l/?igsh=MWo3bDJpdDluNTQ1MA==
Editum May 1
ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri atas penganugerahan Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) sempena Sambutan Hari Pekerja 2026. ° Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti nyata kepimpinan berwibawa dan dedikasi luar biasa Dato' Sri KSU dalam menerajui pasukan Wisma Putra termasuklah kejayaan besar dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. 🌺 Syabas dan tahniah daripada seluruh warga Wisma Putra! 🇲🇾🌐 ___________________________________ ° Heartiest congratulations to the Secretary General of the Ministry of Foreign Affairs, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin on being conferred the Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) in conjunction with Labour Day 2026. ° This prestigious recognition is a testament to Dato' Sri’s exemplary leadership and outstanding dedication in leading Wisma Putra team, including the significant success of ASEAN-Malaysia Chairmanship 2025. 🌺 A truly proud moment for the entire Wisma Putra family! 🇲🇾🌐 #WismaPutra#HariPekerja2026#PekerjaMADANIKesumaBangsa#TaatSetia#MalaysiaMADANI https://www.instagram.com/p/DXx07H2k9-z/?igsh=MWxzcngwaGtoemM3bg==
Editum Apr 30
ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 🌺 📌 Dengan semangat tema, “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, mari kita rangkulkan penghargaan penuh makna buat semua warga pekerja atas komitmen dan dedikasi berterusan dalam memacu kemajuan negara, khusus jua buat warga Wisma Putra di tanah air dan di seluruh Pejabat Perwakilan Malaysia di seluruh dunia, atas peranan berterusan dalam memperkukuh Diplomasi MADANI serta memelihara kepentingan negara di persada antarabangsa. #WismaPutra#HariPekerja2026#PekerjaMADANIKesumaBangsa#TaatSetia#MalaysiaMADANI https://www.instagram.com/p/DXxmHTbkwt3/?igsh=c3UydXMwbTAyNm1h
Editum Apr 30
#SiaranAkhbar | #PressRelease [046/2026] MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN KETENTERAAN ISRAEL MEMINTAS GLOBAL SUMUD FLOTILLA •••••••••••••••••••••••••••••• MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS THE ISRAELI MILITARY INTERCEPTION OF THE GLOBAL SUMUD FLOTILLA #WismaPutra https://www.instagram.com/p/DXxkEDSk2MK/?igsh=NmVwdW9rMmN0a3J3
Editum Apr 30
#SiaranAkhbar | #PressRelease [045/2026] HASIL LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL EROPAH DAN ANTARABANGSA REPUBLIK AUSTRIA KE MALAYSIA, 30 APRIL 2026 •••••••••••••••••••••••••••••• OUTCOMES OF THE WORKING VISIT OF THE STATE SECRETARY AT THE FEDERAL MINISTRY FOR EUROPEAN AND INTERNATIONAL AFFAIRS OF THE REPUBLIC OF AUSTRIA TO MALAYSIA, 30 APRIL 2026 #WismaPutra https://www.instagram.com/p/DXxeGfbE7mj/?igsh=d20wazlzMDdkOWh2
Editum Apr 30
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° TYT Sepp Schellhorn, Timbalan Menteri Luar Negeri Austria telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 30 April 2026. Semasa lawatan tersebut, Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan TYT Schellhorn. ° Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan beliau ke beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brunei Darussalam. Perbincangan tertumpu kepada penerokaan bidang kerjasama baharu; khususnya dalam semikonduktor, teknologi hijau, pertahanan dan TVET. Perbincangan juga merangkumi hubungan Malaysia–EU serta isu-isu semasa serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. 🌺 Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Austria untuk terus memperkukuh perkongsian strategik. Kedua-dua pihak menegaskan kepentingan mempertingkat kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pengurusan tenaga, tenaga kerja serta hubungan sesama rakyat, dengan matlamat bersama untuk memajukan hubungan dua hala yang stabil, berpandangan ke hadapan dan saling menguntungkan. 🇲🇾🤝🇦🇹 #WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralAffairs#MalaysiaAustria#DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DXv5e5BE8Mb/?igsh=M3UyajI5bjk4MDZm
Editum Apr 30
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | DobrýDeň RakanWisma🇲🇾🌐 ° Pada 29 April 2026, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri mengadakan pertemuan dengan TYT Juraj Blanár, Menteri Luar Negeri dan Hal Ehwal Eropah Republik Slovak di pejabat beliau. ° Kedua-dua pihak membincangkan peluang mengukuhkan kerjasama dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan; pertahanan dan pendidikan; ketahanan rantaian bekalan; industri automotif, tenaga bersih serta pengurusan air. 🌺 Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan Malaysia–Kesatuan Eropah (EU); ASEAN serta perkembangan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. 🇲🇾🤝🇸🇰 #WismaPutra#HubunganDuaHala#BilateralAffairs#MalaysiaRepublikSlovak#MalaysiaSlovakRepublic https://www.instagram.com/p/DXvQA3FE9az/?igsh=MXR6aGd0eWtvZWNyNA==