@mofamalaysia · Post #13997 · 23.04.2026 г., 06:32
[⏭️ Eng@ comment section] ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° TYT Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Thailand telah mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-82 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP82) yang berlangsung dari 20 hingga 24 April 2026 di Bangkok, Thailand. 🌺 Semasa sesi tersebut, TYT Duta Besar telah menyampaikan kenyataan negara di bawah tema “Leaving no one behind: advancing a society for all ages in Asia and the Pacific,” yang menegaskan komitmen Malaysia terhadap pembentukan masyarakat yang lebih inklusif, saksama dan berdaya tahan, memperkasa semua generasi, memperkukuh sistem perlindungan sosial dan menggalakkan pembangunan mampan di seluruh rantau ini. 🇲🇾🤝🇺🇳 | UNESCAP82 #WismaPutra#HubunganPelbagaiHala#MultilateralAffairs#UNESCAP82 #DiplomasiMADANI https://www.instagram.com/p/DXdtVS5kwMA/?igsh=MWFjMXUwa2k4Zno0MQ==