Kandungan siaran
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 26 November 2022 (ME 47/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 4,984,272; Kumulatif kes sembuh: 4,920,983 kes; Kumulatif kes kematian: 36,648 kes; dan Kumulatif kluster: 7,152 kluster (kluster aktif: 62 kluster). Perbandingan antara ME 46/2022 dan ME 47/2022: Bilangan kes sembuh pada ME 47/2022 menurun sebanyak19.0 peratus (23,089 kes kepada 18,699 kes); Bilangan kes baharu pada ME 47/2022 menurun sebanyak 2.5 peratus (19,083 kes kepada 18,606 kes); Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 2.6 peratus (19,068 kes kepada 18,581 kes); dan Bilangan kes import meningkat sebanyak 66.7 peratus (15 kes kepada 25 kes). Bilangan kes kematian pada ME 47/2022 meningkat sebanyak17.0 peratus (47 kes kepada 55 kes). Purata kes aktif setiap hari bagi ME 47/2022 menurun sebanyak 2.8 peratus (27,806 kes kepada 27,020 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/11/28/kenyataan-media-kpk-28-november-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-47-20-26-november-2022/ .