Kandungan siaran
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa KKM tidak pernah dan tidak boleh memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh portal “https://hillersadgfflooringamerica.com/l/pre/insinol/my/babochka_v1_affscale/?fbpixel=2659593780718090&group=RR184_SamuelNGN_MY&aff_click_id=1lmaqn96388ab035a433” baru-baru ini. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan merupakan gambar-gambar yang telah diubahsuai daripada laman sesawang portal http://www.myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam. KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya. #TidakPastiJanganKongsi