TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30129

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan48,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan6 Dis06/12/2022, 07:31 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Pada 28 November 2022 – 1 Disember 2022 yang lalu, satu Bengkel Infodemic Management Training yang dianjurkan oleh Pejabat Perwakilan World Health Organization (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Pulse Grande Putrajaya. Bengkel ini melibatkan seramai 48 orang peserta dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa kementerian dari Brunei Darussalam. Antara objektif bengkel ini adalah pembangunan kemahiran dan kapasiti pengurusan Infodemik untuk menyokong kerja komunikasi risiko dan libat urus komuniti (Risk Communication and Community Engagement) serta pengukuhan rangkaian hubungan antara negara. Bengkel ini melbatkan fasilitator dari Pejabat Perwakilan WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Pejabat Wilayah Pasifik Barat WHO dan Ibu Pejabat WHO. Pengurusan infodemik merupakan komponen penting dalam usaha WHO untuk membina keupayaan dan memperkasakan negara-negara anggota di Rantau Pasifik Barat. Pengwujudan sistem pengurusan infodemik yang berkesan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap kejadian kecemasan kesihatan awam selain dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan program-program kesihatan awam bukan kecemasan yang lain.