Kandungan siaran
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 10 Disember 2022 (ME 49/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,009,767; Kumulatif kes sembuh: 4,954,204 kes; Kumulatif kes kematian: 36,753 kes; dan Kumulatif kluster: 7,161 kluster (kluster aktif: 41 kluster). Perbandingan antara ME 48/2022 dan ME 49/2022: Bilangan kes sembuh pada ME 49/2022 menurun sebanyak19.5 peratus (18,405 kes kepada 14,816 kes); Bilangan kes baharu pada ME 49/2022 menurun sebanyak 24.9 peratus (14,558 kes kepada 10,937 kes); Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 24.9 peratus (14,543 kes kepada 10,923 kes); dan Bilangan kes import menurun sebanyak 6.7 peratus (15 kes kepada 14 kes). Bilangan kes kematian pada ME 49/2022 menurun sebanyak30.6 peratus (62 kes kepada 43 kes); dan Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 16.4 peratus (25,062 kes kepada 20,945 kes) Sehingga jam 9.00 pagi, 12 Disember 2022, terdapat lima (5) buah negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Johor ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Kelantan (5), Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1), dan Johor (1). Jumlah mangsa banjir keseluruhan mencatatkan peningkatan dari 659 orang hari sebelumnya kepada 2,553 orang. Terdapat 14 kes COVID-19 yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir semasa tempoh 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing. Dari 19 November 2022 sehingga kini, tiada kes COVID-19 dikesan di kalangan mangsa banjir. Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/12/kenyataan-media-kpk-12-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-49-4-10-disember-2022-dan-situasi-bencana-banjir-ser/ .