TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30189

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan39,300Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan20 Dis20/12/2022, 06:50 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan telah dibuka pada 19 Disember 2022 berikutan pembukaan Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN di beberapa buah negeri (Jadual 2). Waktu operasi Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Sebanyak 14 kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir iaitu Selangor (7 kes), Kelantan (5 kes), dan Melaka (2 kes) dari 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani proses isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing. Dari 11 Disember 2022 hingga 19 Disember 2022, hanya satu (1) kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu yang telah tamat menjalani isolasi pada 18 Disember 2022. Sehingga kini, tiada kluster COVID-19 dilaporkan di PPS. Dari 7 November 2022 hingga 19 Disember 2022, sebanyak 301 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), 260 kes penyakit kulit, 14 kes Acute Gastroentritis (AGE), 11 kes Konjuntivitis, dan satu (1) kes Chicken Pox, telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS. Tiada kes Tifoid, Kolera, Leptospirosis, Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) dan Denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir. Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/20/kenyataan-media-kpk-20-disember-2022-situasi-semasa-bencana-banjir-monsun-timur-laut-mtl-di-malaysia-2022-2023/