Kandungan siaran
21 DISEMBER 2022 || KUANTAN : YH. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Nor Azimi Yunus) telah mengadakan lawatan ke PPS di SK Cherating, Kuantan yang menempatkan mangsa banjir pada pagi tadi. Turut hadir sama adalah Dr. Husnina Binti Ibrahim (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kesihatan Awam), Puan Rozita Binti Muhammad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi) dan Dr. Mohd Rahim Bin Sulong (Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan). Di PPS tersebut, YH. Dato' Indera telah menyantuni mangsa banjir yang mempunyai penyakit kronik dan terlantar, melihat aktiviti sokongan psikososial, melakukan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir serta melihat tempat penyediaan makanan di PPS. Sumber: https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid021F3ja1M3R9Vm5FJKv6JUWSLMXjnEwgry949Wyau9NegR5kpub8ncZRRkVpz48roHl&id=215773048441911&mibextid=Nif5oz