Kandungan siaran
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 24 Disember 2022 (ME 51/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,022,910; Kumulatif kes sembuh: 4,972,325 kes; Kumulatif kes kematian: 36,831 kes; dan Kumulatif kluster: 7,164 kluster (kluster aktif: 14 kluster). Perbandingan antara ME 50/2022 dan ME 51/2022: Bilangan kes sembuh pada ME 51/2022 menurun sebanyak 24.6 peratus (10,330 kes kepada 7,791 kes) Bilangan kes baharu pada ME 51/2022 menurun sebanyak 18.7 peratus (7,249 kes kepada 5,894 kes) ; Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 18.7 peratus (7,232 kes kepada 5,880 kes); dan Bilangan kes import menurun sebanyak 17.6 peratus (17 kes kepada 14 kes). Bilangan kes kematian pada ME 51/2022 menurun sebanyak 34.0 peratus (47 kes kepada 31 kes); dan Purata kes aktif setiap hari bagi ME 51/2022 menurun sebanyak 13.7 peratus (16,895 kes kepada 14,580 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/26/kenyataan-media-kpk-26-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-51-18-24-disember-2022/