TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30226

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan20,900Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan28 Dis28/12/2022, 05:58 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Disember 2022. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus tidak menafikan bahawa pada awal tahun 2022, gelombang yang terjadi akibat varian Omicron telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes dan kematian yang mendadak. Namun berdasarkan data COVID-19 semasa yang dilaporkan kepada WHO, mendapati secara keseluruhannya tren kejadian pandemik ini telah berada dalam keadaan yang terkawal di kebanyakan negara seluruh dunia. Mereka juga yakin bahawa kini situasi tersebut adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sungguhpun begitu, dalam sidang media yang sama, pihak WHO juga turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan semasa yang dilaporkan berlaku di negara China, yang melibatkan peningkatan mendadak kes COVID-19. Golongan pakar dan penyelidik di peringkat antarabangsa menjangkakan situasi ini akan berlaku susulan keputusan pihak berkuasa negara China sekitar awal Disember 2022 lalu untuk melaksanakan kelonggaran terhadap polisi pengurusan pandemik COVID-19 mereka yang ketat. Malaysia telah diumumkan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April 2022 semasa negara masih lagi diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan. Sempadan negara telah dibuka kepada pelancong dari luar negara serta aktiviti industri pelancongan dan sektor ekonomi lain telah dipertingkatkan. Justeru, dengan mengambilkira negara Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa variant Delta melanda seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian. KKM menggesa agar semua individu yang layak, tampil untuk mendapatkan vaksin dos penggalak supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimum terhadap penyakit COVID-19. 2. Mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan pengurusan kesihatan. Perkara ini dilaksanakan dengan menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan. Melalui pendekatan ini, individu yang menjalani ujian pengesanan COVID-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian mereka ke dalam aplikasi MySejahtera – selain melakukan ujian tersebut di fasiliti kesihatan. Keputusan ujian akan segera dikemaskini dalam MySejahtera pengguna. Kes positif akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order; HSO) dan juga Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order; RO) secara digital dan tidak perlu hadir secara fizikal di Pejabat Kesihatan Daerah mahupun COVID-19 Assessment Centre (CAC), melainkan jika perlu menjalani pemeriksaan lanjut setelah mengisi Home Assessment Tool (HAT) di dalam aplikasi MySejahtera. 3. Memastikan semua CAC yang beroperasi secara fizikal (iaitu di Klinik Kesihatan dan di komuniti) mahupun secara maya bersedia untuk menerima kedatangan/ panggilan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19. Fungsi CAC meliputi perkara-perkara berikut iaitu: - mengenal pasti pesakit yang memenuhi kriteria untuk dipantau di rumah; - menilai dan memantau perkembangan pesakit sepanjang tempoh pengasingan; - memulakan rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan;