TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30227

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan17,800Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan28 Dis28/12/2022, 05:58 PG
Kandungan

Kandungan siaran

- mengenal pasti dan menyelaras pesakit yang perlu dirujuk ke hospital; dan - menjalankan penilaian dan pelepasan (release order) kepada kes positif yang telah tamat tempoh pengasingan – bagi individu yang tidak menerima digital HSO. 4. Memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) ke dalam COVID-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April 2022 dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan, CAC dan hospital KKM. Ubat ini merupakan ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana, atau pun kategori 2 dan kategori 3. Keutamaan pemberian rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi. Seterusnya, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan ini telah juga diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta dikenal pasti bermula 20 Jun 2022. Pemberian ubat ini kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma. Namun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut. 5. Memantau rapi penularan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) di seluruh negara. Ia turut disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh (whole genome sequencing, WGS) bagi mengesan varian baharu serta aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara. 6. Menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sejak awal tahun 2022 di semua peringkat. Inisiatif ini antara lain bertujuan untuk memperkasa kawalan kendiri kesihatanmerangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pemakaian pelitup muka. ANMS turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti dalam membudaya hidup sihat. MyCHAMPION atau Malaysian Health Community Agent merupakan satu platform kolaborasi merentasi pelbagai kementerian, organisasi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai rakan strategik untuk memainkan peranan membantu KKM dalam inisiatif dan aktiviti promosi kesihatan di peringkat komuniti serta sebagai penggerak dan penyokong (advocator). Keperluan penyelarasan sukarelawan dan agen kesihatan amat penting bagi membolehkan inisiatif ini dilaksanakan secara bersepadu dan terancang. KKM menasihatkan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain. Disarankan agar sentiasa mengamalkan TRIIS. Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai. Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 27 Disember 2022 @ 10:00 pagi https://kpkesihatan.com/2022/12/27/kenyataan-media-kpk-27-disember-2022-pemantauan-rapi-perkembangan-kejadian-jangkitan-covid-19-oleh-kkm-bagi-memastikan-langkah-pencegahan-dan-kawalan-yang-sewajarnya-dilaksanakan-secara-berkesan/