TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30270

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan38,200Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan31 Dis31/12/2022, 04:22 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Mengambil kira Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa varian Delta melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dikongsikan empat (4) strategi utama yang sedang dilaksanakan oleh KKM.