TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
Sehingga 24 Disember 2022, sebahagian besar varian SARS-CoV-2 yang dikesan di Malaysia adalah varian Omicron (66.17%), diikuti oleh varian Delta (32.69%), Beta (1.06%); dan Alpha (0.08%). Daripada kumulatif varian Omicron yang dikesan, 61.6% adalah subvarian BA.5.2 dan 10.8% adalah subvarian XBB.1. Selain itu, Malaysia juga telah mengesan tiga (3) kes subvarian BF.7. Walau bagaimana pun, tiada peningkatan mendadak di dalam jumlah kes COVID-19 di dalam negara serta kes yang memerlukan kemasukan ke hospital kesan daripada langkah-langkah kesihatan awam dan imuniti kelompok yang terhasil daripada liputan vaksinasi COVID-19 yang luas. - KPK KKM -