Kandungan siaran
Survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China. KKM mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi sejak Jun 2022. Setakat ini kebanyakan ujian positive adalah dari varian omicron dan subtype BA5 dan BA2. Tiada lagi varian baru Covid-19 dikesan. Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19. Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan gejala. Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri (self declaration) akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan. KKM juga menjalankan survelan persekitaran sentinel di loji2 air kumbahan di seluruh negara utk memantau perkembangan virus SARS-CoV-2. Setakat 23 Dis 2022, sampel yg dikesan positif adalah varian Omicorn & subtype BA.5, BA.2, BA.2.75, BA.2.12 & tiada lagi varian baru dikesan. - KPK KKM -