Kandungan siaran
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98% varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage). Varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80% daripada varian yang menular di negara China turut telah dikesan di Malaysia. Langkah-langkah kesihatan awam yang perlu diambil adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; • Elakkan 3S; • Amalkan 3W; • Amalkan TRIIS; • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala; • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.