Kandungan siaran
Bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan varian ini adalah sekitar bulan September-Oktober 2022, dan banyak ditemui di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat. Ia telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes telah dijangkiti dengan BA.5.2. Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia. Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemui di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China. Ianya telah dikesan di Malaysia sejak 21 Ogos 2022. Sehingga 31 Disember 2022, 3 kes telah dikesan dijangkiti dengan BF.7, iaitu seperti berikut: - kes pertama dikesan pada 21.8.2022, merupakan kes jangkitan tempatan; - kes kedua pada 6.9.2022, merupakan kes import jangkitan dari negara Turki; dan - kes ketiga pada 7.10.2022), merupakan kes jangkitan tempatan. KETUA PENGARAH KESIHATAN