TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
Pada Minggu Epidemiologi ke-2 tahun 2023, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 301 kes (13.6%). Satu kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 2/ 2023. Layari laman sesawang https://idengue.mysa.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan informasi terkini berkenaan denggi. Musnahkan tempat pembiakan Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi.