TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30431

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan53,900Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan26 Jan26/01/2023, 02:12 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Januari 2023 (ME 3/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,034,521; Kumulatif kes sembuh: 4,987,642 kes; Kumulatif kes kematian: 36,932 kes; dan Kumulatif kluster: 7,169 kluster (kluster aktif: 5 kluster). Perbandingan antara ME 2/2023 dan ME 3/2023: Bilangan kes sembuh pada ME 3/2023 menurun sebanyak 27.6 peratus(3,288 kes kepada 2,379 kes); Bilangan kes baharu pada ME 3/2023 menurun sebanyak 17.3 peratus (2,525 kes kepada 2,088 kes) ; Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 17.1 peratus (2,497 kes kepada 2,071 kes); dan Bilangan kes import menurun sebanyak 39.3 peratus (28 kes kepada 17 kes). Bilangan kes kematian pada ME 3/2023 menurun sebanyak 29.4 peratus (34 kes kepada 24 kes); dan Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3/2023 menurun sebanyak 7.9 peratus(10,901 kes kepada 10,042 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/01/23/kenyataan-media-kpk-23-januari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-15-21-januari-2023/