TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30442

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan51,000Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan26 Jan26/01/2023, 06:48 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Dalam sekelip mata 3 tahun telah berlalu negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kes pertama COVID-19 dikesan pada 25 Januari 2020, negara merekodkan kes COVID-19 pertama, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV. Malaysia setakat 24 Januari 2023 melaporkan sejumlah 5,035,073 kes keseluruhan, 36,932 kes kematian & seramai 4,988,143 orang telah sembuh daripada virus ini. Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah kepada saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin COVID-19 dos primer/dos penggalak. Sekalung penghargaan kepada semua staf barisan hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membendung penularan Covid-19. Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini. Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ‎مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” ‎Semoga Allah SWT selamatkan kita semua daripada COVID19. Insya Allah - KPK KKM -