TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30450

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan62,900Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan31 Jan31/01/2023, 03:47 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Bagi tahun 2023 dan seterusnya, pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan akan diteruskan melalui kaedah pelaporan Home Assessment Tool (HAT) melalui aplikasi MySejahtera. Sijil digital Home Surveillance Order (HSO) dan Release Order (RO) adalah SAH DAN TERPAKAI di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Majikan adalah diseru untuk menerima sijil berkenaan sebagai perakuan sah pesakit COVID-19 tidak bergejala dan bergejala. ⚠️ Pekerja perlu melaporkan status COVID-19 dengan jujur dan boleh melaporkan aduan sekiranya berlaku kes majikan enggan menerima sijil digital HSO dan RO di [email protected] untuk tindakan lanjut. 📌 Pemantauan pesakit COVID-19 secara maya diteruskan oleh pasukan petugas di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan. 📌 Manakala, CPRC di peringkat Negeri akan terus bertanggungjawab untuk memantau situasi COVID-19 di negeri masing-masing.