TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30451

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan60,800Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan31 Jan31/01/2023, 03:50 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia disambut pada 30 Januari setiap tahun. Penyakit-penyakit tropikal terabai (NTD) ialah kumpulan 20 jangkitan tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit, kulat dan toksin. Penyakit Denggi, Chikungunya, Kusta (Leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropikal yang dilaporkan di Malaysia. Bersama-sama memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini. #WorldNTDDay