Kandungan siaran
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Februari 2023 (ME 5/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 5,037,784; - Kumulatif kes sembuh: 4,991,089 kes; - Purata kes aktif : 9,476 kes; - Kumulatif kes kematian: 36,943 kes; dan - Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 4 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 4/2023 dan ME 5/2023: - Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 41.7 peratus (1,350 kes kepada 1,913 kes); - Bilangan kes sembuh menurun sebanyak41.7 peratus (2,177 kes kepada 1,270 kes); dan -Bilangan kes kematian menurun sebanyak62.5 peratus (8 kes kepada 3 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/07/kenyataan-media-kpk-7-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-5-29-januari-4-februari-2023/