TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30492

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan54,100Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan24 Feb24/02/2023, 01:29 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Kenyataan Media KPK 21 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 6 (12 – 18 Februari 2023) 1. Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 3.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-7 tahun 2023 (ME 7/2023) berbanding ME 6/2023. 2. Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi berdasarkan kategori pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut; • Pesakit kategori 1 dan 2, tiada perubahan, kekal pada 0.4 peratus; manakala • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 20 peratus. 3. Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut : • Katil bukan kritikal, menurun sebanyak 1.0 peratus; • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal pada 2.0 peratus; dan • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal pada 0.2 peratus. Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2023/02/21/kenyataan-media-kpk-21-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-6-12-18-februari-2023/