Kandungan siaran
π·πππππππ π±πππππ π±ππππ: π¨ππ ππππ π·ππππ π¨ππ π π»πππ? Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan penyakit ini sebagai yang dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 4,000 individu di dalam sesebuah komuniti yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah, serta boleh mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan kronik. Contoh Penyakit Jarang Jumpa termasuk: 1. Penyakit metabolik yang diwarisi seperti penyakit simpanan lisosom, 2. Penyakit neuromuscular seperti distrofi otot Duchenne dan distrofi spinal muscular, 3. Penyakit darah seperti hemofilia, 4. Penyakit tulang seperti penyakit tulang rapuh dan akondroplasia, 5. Penyakit orang dewasa seperti penyakit Huntington dan penyakit neuron motor. Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan pesakit serta orang yang hidup bersama Penyakit Jarang Jumpa dan keluarga mereka. Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai Penyakit Jarang Jumpa ini. #RareDiseaseDay