Kandungan siaran
PEMANJANGAN WAKTU OPERASI SELEPAS WAKTU PEJABAT DI KLINIK-KLINIK KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) KKM memaklumkan Pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat yang dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital. Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu. Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad-Khamis dari 5.00 petang - 9.30 malam dan 8.00 pagi - 12.00 tengahari pada hari Sabtu. Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum. Walau bagaimanapun, waktu operasi & hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat. https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02cmT4pKZPZ59JyNT19XQrh5kfSTymGFSA6LfrxyPBhrtxRRsd7YErptmjUDNEimkml