Kandungan siaran
Sepanjang Ramadan ini, KKM ingin menasihatkan masyarakat agar mengamalkan konsep “Sama-sama: Perhati dan Pilih Juadah di Bazar Ramadan”. Pastikan anda memilih gerai yang bersih dan mengamalkan pengendalian makanan yang baik. Para peniaga juga dinasihatkan supaya membasuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi untuk basi secara terlalu awal daripada waktu untuk dijual (contohnya makanan berasaskan santan dan sebagainya). Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan kuasa membeli yang ada pada mereka dengan membeli makanan di premis yang bersih. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal. Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/03/22/kenyataan-media-kpk-22-mac-2023-nasihat-keselamatan-makanan-sempena-bulan-ramadan-al-mubarak/