Kandungan siaran
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 1 April 2023 (ME 13/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,052,337 kes; Kumulatif kes sembuh: 5,004,546 kes; Purata kes aktif : 10,324 kes; Kumulatif kes kematian: 36,984 kes; dan Kumulatif kluster: 7,183 kluster (kluster aktif: 11 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 12/2023 dan ME 13/2023 : Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 37.7 peratus (2,228 kes kepada 3,069 kes); Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak 23.3 peratus (1,831 kes kepada 2,258 kes); dan Bilangan kes kematian menurun sebanyak 28.6 peratus (7 kes kepada 5 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/04/04/kenyataan-media-kpk-4-april-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronovirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-13-tahun-2023-26-mac-1-april-2023/