TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
☀️☀️Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan 9 kawasan di Malaysia akan mengalami cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga. Cuaca panas boleh memudaratkan kesihatan. 📌Kesan kesihatan akibat cuaca panas boleh berlaku dari tahap ringan (mild) sehingga teruk seperti strok haba yang boleh menyebabkan kematian. ✅Oleh itu, orang ramai perlu mengambil tindakan segera untuk mengurangkan implikasi kesihatan akibat cuaca panas. 📌 Anda juga perlu mendapatkan nasihat perubatan sekiranya gejala berterusan dan semakin teruk. 👩⚕️🏥