Kandungan siaran
KENYATAAN MEDIA MAKLUM BALAS KENYATAAN MEDIA BERKENAAN KEMATIAN KANAK-KANAK DISYAKI STROK HABA DI KLUANG Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada laporan sebuah akhbar atas talian pada 2 Mei 2023 berkenaan kes kematian seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang disyaki disebabkan strok haba di daerah Kluang, Johor. Terlebih dahulu pihak JKNJ ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Adalah dimaklumkan siasatan yang telah dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari. Sebab kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, dan tiada kaitan dengan Strok Haba seperti dilaporkan dalam media. JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Sekian, terima kasih. DR. HJ. MOHTAR BIN PUNGUT@HJ. AHMAD PENGARAH KESIHATAN NEGERI JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR 2 Mei 2023 https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02n9EgpdXCqYcdTn4qsnnDAqt2EENHVSbdKmFHoRKsPGJqZqNgJ1XPNMmZvrcwbTWQl&id=100064261016705&mibextid=Nif5oz