TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan situasi semasa kes pertusis (batuk kokol ) di Malaysia. Bilangan kes pertusis di Malaysia telah menurun dengan mendadak pada tahun 2020 hingga 2021 semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Sehingga 28 April 2023 pada tahun ini, sebanyak 132 kes pertusis dengan dua kematian dilaporkan di seluruh Malaysia. Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas, sebanyak 495 kes dicatatkan (penurunan sebanyak 73.3%). Orang awam disarankan untuk berwaspada terhadap jangkitan batuk kokol dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.