TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30787

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan48,200Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan9 Mei09/05/2023, 03:08 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Thalassaemia ialah penyakit genetik sel darah merah di mana pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. 🩸Hari Thalassaemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun dengan memberi peluang kepada kita semua untuk menghargai para pesakit Thalassaemia sebagai tanda sokongan berterusan kepada mereka demi menjalani rutin harian yang lebih indah pada hari mendatang. 🩸Setiap daripada kita berupaya untuk menyumbang dengan memberikan inspirasi kepada pesakit ini walaupun secara peribadi untuk memerangi Thalassaemia kerana setiap orang mempunyai peranan yang besar untuk dimainkan dan tanggungjawab untuk bertindak. •Thalassaemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik. Ayuh, ukirkan senyuman. Ubah persepsi diri, bukalah hati untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. •Tindakan anda pada hari ini, dapat mengubah masa depan ke arah yang lebih baik.