Kandungan siaran
Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak. Sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies. Manakala sembilan (9) buah hospital memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi. KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dalam usaha mencapai status Sarawak dan Malaysia bebas rabies menjelang 2030. Justeru, semua penduduk Malaysia diminta agar sentiasa mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM, pihak berkuasa dan agensi berkaitan.