TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kandungan
Kandungan siaran
❗️🇲🇾Pada tahun 2023, sehingga Minggu Epidemiologi (ME19) iaitu sehingga 13 Mei 2023, sebanyak 9,822 kes dilaporkan. Walaupun ia lebih rendah berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2022 bagi tempoh sama iaitu 31,622 tetapi terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME 18/2023 (tempoh 30 April hingga 6 Mei 2023) melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes seminggu . Pada ME 19/2023 (tempoh 7 hingga 13 Mei 2023) pula, bilangan kes telah melebihi paras amaran (alert) kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu. ✅KKM akan terus menjalankan langkah pencegahan dan kawalan penyakit HFMD. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai HFMD di portal MyHealth.