Kandungan siaran
🌞Cuaca panas menyebabkan kulit seseorang terdedah kepada pancaran matahari secara terus apabila berada di luar rumah. ⛅🌞Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, penuaan, kulit terbakar serta kanser kulit jika terdedah bagi tempoh yang panjang. ✅Terdapat 2 jenis krim pelindung yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian iaitu terdiri daripada ‘sunscreen’ fizikal dan ‘sunscreen’ kimia. 📌 ‘Sunscreen’ fizikal lazimnya dikenali sebagai ‘mineral sunscreen’ berfungsi sebagai penghalang fizikal sinar UV yang bertindak dengan memantulkan sinar UV daripada permukaan kulit. 📌 Manakala, ‘sunscreen’ kimia berfungsi menyerap sinar UV sebelum diserap oleh kulit. Oleh itu, orang ramai perlu menyapu krim pelindung matahari atau 'sunscreen' untuk melindungi kulit daripada sinar UV sebelum keluar rumah.