Kandungan siaran
Hari ini Jun 7, 2023 merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia. Tahun ini, Hari Keselamatan Makanan Sedunia mengangkat tema Food Standard Save Lives yang menunjukkan betapa pentingnya standard bagi sesuatu produk makanan ditetapkan bagi memastikan makanan yang di ambil adalah selamat untuk di makan. Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 semua pihak turut memainkan peranan aktif dalam menjaga keselamatan makanan. Mulakan dengan PERHATI dan PILIH dari membeli bahan makanan yang berkualiti sehingga penyediaan dan penyimpanannya. Kepada peniaga atau pengendali makanan, adalah diharapkan amalan pengendalian makanan serta aspek kebersihan sentiasa diberi perhatian. Bagi pengguna sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan. Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu, mari kita bersama-sama menjaga keselamatan makanan dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara madani. Selamat menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023!!