TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
← CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT POST

Post #30941

@cprckkm

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tontonan20,700Bilangan tontonan siaran
Diterbitkan7 Jun07/06/2023, 04:09 PG
Kandungan

Kandungan siaran

Menerusi penubuhan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), satu projek rintis melibatkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik di Klang telah dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan. Di bawah inisiatif ini, pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik yang dilanjutkan waktu operasi. Projek rintis STAR ini telah menunjukkan keberkesanan dengan purata penurunan bulanan kedatangan pesakit ke zon hijau di HTAR dalam tempoh 3 bulan adalah sebanyak 30.6%. Link berita: https://fb.watch/k-KyiNeljR/?mibextid=Nif5oz #DrZaliha#DrZ#KKM#MalaysiaMADANI